♥"believe in Qada and Qadar. Allah has write something beautiful for us."♥

Thursday, 22 December 2016

perempuan ...

Di ambil dari :- http://minesyourspeace.blogspot.my/2012/06/muhasabah-diri.html

suka akan luahan ini ..
sila faham dengan baik, wahai insan yang bergelar LELAKI..

"Luahan hati seorang insan bergelar PEREMPUAN"
Bila kita sayangkan seseorang , kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .

Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 

Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 

Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 

Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 

Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya . Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 


p/s : hati perempuan bukan seperti permukaan air . yang bila dibaling batu , berpecah , dan kemudian bercantum kembali . tetapi hati perempuan seperti cermin . yang pabila terluka , ia tercalar dan pecah . jika dicantumkan kembali pun,masih nampak kesan retak itu .

Wednesday, 21 December 2016

Begitu banyak situasi yang kita jumpa dalam hidup ini, disaat dia datang dan pergi menghampiri kita.. Ada saatnya dimana kita tersenyum manja karena hal indah..
Ada saat dimana kita tertawa untuk hal yang terjadi diantara kita, kehidupan kita..
Ada pula saat air mata mengalir ketika kita ada masalah yang berlaku..
 
ya ...
aku pernah terluka sebelum mengenalimu, saat itu kau hadir.. kau hadir membawa sebuah sinar dalam hidupku.. kau hadir bersama "gembira" kau hadir bersama "gelak ketawa" kau hadir bersama "gurauan senda" kau hadir bersama "usikan" kau hadir bersama "sikap" kau hadir bersama "nasihat" 

ya,aku akui.. kau punca aku kembali senyum saat itu .. kau punca aku kembali ketawa saat itu .. kau punca aku kembali semangat saat itu .. kau punca segalanya.. 

Awak.. indahnya kenangan yang hilang dan pergi begitu saja.. kadang saya berfikir ingin putar semula kenangan dan masa itu.. kadang saya berfikir ingin mengembalikan lagi kenangan itu walaupun semua itu sudah berubah.. kadang terfikir jugak mengapa semua ini perlu terjadi.. tetapi diri ini tidak mampu.. kerana kenangan itu sudah menjadi masa lalu kita..

ketika diri ini menaip dalam saat bersedih, tiada yang menemani dan memahami.. Aku masih mampu tersenyum saat hatiku sedang menangis aku masih mampu tertawa walau hati ini kadang terluka.. aku masih mampu berlagak biasa walaupun kadang diri ini rasa tak selesa.. tetapi ada perkara yang terindah apabila saat aku masih mampu melihat dirimu..
p/s :- "when the memories hit you, it hurts ! "










Friday, 16 December 2016

hati ...



"kadang kita selalu mengalah sampai membuatkan hati sendiri terseksa ..."

aku tahu semua orang akan mengalami benda seperti begitu dimana kita akan sentiasa mengalah terutama sekali dengan insan yang kita terlalu sayang sangat sampaikan biar hati sendiri yang terseksa. 

yes, hanya disebabkan sayang !!! 
dia sakitkan hati kau, kau maafkan ..
dia buat diri kau nangis, kau maafkan ..
dia berubah, kau maafkan ...
dia tipu kau, kau maafkan ..
berulang kali dia melakukan benda yang sama, kau maafkan ...
everything, sentiasa kau maafkan ...

kadang-kadang diri, hati ini penat sangat .. kadang sampai tahap kau nak move on dari semua ini .. kadang kau sendiri yang memujuk hati sendiri .. kadang kau buzykan diri untuk lupakan semuanya .. kadang kau hanya mampu menangis keseorangan pada waktu malam untuk lepaskan rasa sakit dalam hati .. kadang kau tenangkan hati dengan tidur ..kononnya apabila kau bangun keesokkan harinya, kau akan berharap semuanya okay .. kadang kau buat perkara yang boleh happykan hati semula walaupun diri kau tak mampu .. kadang kau cuba senyum didepan orang sekeliling walaupun sebenarnya senyuman itu hanya fake sahaja .. tetapi kau masih tetap kuatkan diri, kuatkan hati ..hati kau tetap degil .. kerana apa??? kerana hati kau ini masih berpihak kepada dia .. kerana hati kau ini masih memerlukan dia .. kerana hati kau ini terlalu sayangkan dia .. 

semoga diri kau kuat dan tabah buat selamanya, ruqaiyah .. :')


p/s :- "biarpun sekadar cuma untuk memujuk hati, akan ku terus berdiri hadapi semua ini